topbella

Tuesday, October 12, 2010

Tugas-Tugas Setiausaha

SETIAUSAHA
    SEBELUM PROGRAM
     saya sharifah Nor'Ain bt Sayed Ali Aldin selaku setiausaha dalam program mock seminar yang bertajuk "Masalah Sosial Dari Perspektif Mahasiswa" yang telah diadakan pada 25 september 2010 lepas telah bertungkus lumus dalam menjayakan program tersebut. saya telah membantu pengarah projek iaitu Muhamad Khairul Izwan b Ahmad dalam menyediakan kertas cadangan (proposal) program untuk dihantar kepada pihak HEA.Maklumlaa kalau kita orang buat sambil lewa takut-takut pihak HEA akan tolak...hihihihi. Saya juga telah menyediakan surat-surat jemputan untuk diagihkan kepada para jemputan iaitu semua pensyarah diploma sains komputer. tapi  sayangnye hanya 1 orang jea pensyarah yang dapat hadir iaitu miss noorfadzilah Ariffin. Walaupun hanya dia  sorang jea yang datang kami tetap bersyukur. Miss telah merasmikan program mock seminar ini dengan jayanya.Thanks miss, jasamu tetap ku kenang.hihhi..Untuk lulus proposal nie memang susah. saya terpaksa ulang alik,turun naik pejabat HEA untuk mengetahui perkembangan tentang proposal,samaada lulus ataupun tidak.Ia mengambil masa yang agak lama sehinggakan saya terpaksa tunggu keputusan tu lepas raya aidilfitri. Setelah 2 minggu bercuti,saya kembali ke sini dengan penuh debaran. Keputusan   telah dikeluarkan.. Alhamdulillah,kami berjaya, program itu juga telah diluluskan dengan bajet RM600.

  SEMASA PROGRAM
  pada tanggal 25 september 2010,program mock seminar ini telah dijalankan dengan jayanya. saya telah turun awal pada hari tersebut untuk membantu biro-biro lain dalam menyediakan apa yang patut. semasa program berlangsung saya turut sama melibatkan diri dengan membantu pengarah projek di dalam memantau perjalanan program mock seminar. Saya juga telah membantu biro persegaran dalam menyediakan meja jamuan untuk diletakkan makanan setelah program berakhir. 

        SELEPAS PROGRAM
      selepas program mock seminar ini berakhir saya telah mengumpul dan mengedit laporan-laporan dari setiap biro iaitu pengarah projek,timbalan pengarah projek,bendahari,biro multimedia,biro teknikal,biro persegaran,biro protokol dan biro tugas-tugas khas.Dengan bantuan madam Robizah saya dapat menyediakan laporan tersebut dengan lengkapnya.Terima kasih diatas bantuan yang telah madam curahkan. Tanpa madam pasti laporan tersebut tidak lengkap.Seperti belajar tanpa guru.Setelah laporan itu lengkap,laporan itu dihantar ke pejabat HEA. Maka berakhirlah tugas saya sebagai setiausaha dalam program mock seminar ini.Banyak pengalaman dan pengajaran yang saya perolehi daripada tugas saya sebagai setiausaha, terima kasih sekali lagi kepada madam kerana telah membimbing kami semua.
      JASAMU TETAPKU KENANG...Thanks for everything.


0 comments:

Post a Comment

My photo
Pasir Mas, kelantan, Malaysia
hamba Allah yg ingin kan KeredhaanNya